Ganjaran kontraktor prestasi cemerlang

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kerja Raya akan memberi pengiktirafan kepada kontraktor menunjukkan prestasi cemerlang untuk melaksanakan kontrak kerajaan pada masa akan datang.

Satu lawan satu , BN lawan Pas di Parlimen Tanjong Manis

SARIKEI, SABTU – Pilihan Raya Umum (PRU)13 kawasan P 206 Tanjong Manis pada 5 Mei ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN-PBB) Datuk Norah Tun Rahman dengan calon Pas Jurina Mut.

Penduduk tempatan digesa rebut peluang

Beliau berkata, penyiapan beberapa projek besar seperti jalan perhubungan darat yang menghubungkan Tanjung Manis dengan bandar Sibu membolehkan ramai orang datang ke kawasan ini seterusnya mampu membuka banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Masyarakat di sini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semop, Abdullah Haji Saidol, berkata pembangunan yang kian rancak di sekitar Tanjung Manis tentunya akan menjadikan daerah ini semakin terbuka dan keadaan tersebut amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan dua puluh tahun lepas.

Belawai.com.my rangkul kejuaran futsal Piala Datuk Norah.

BELAWAI: Pasukan pilihan, Belawai.com.my membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul gelaran juara kejohanan futsal terbuka P 206 Tanjung Manis, Piala Datuk Norah pada aksi perlawanan akhir di gelanggang futsal Belawai sempena Pesta Belawai, di sini baru-baru ini.

Wednesday, June 19, 2013

TIDAK PERLU LAYAN PEMBANGKANG

Tidak perlu layan pembangkang
KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang.

Menurut beliau, ini kerana pembangkang tidak ikhlas untuk membawa pembaharuan yang memberi kebaikan sebaliknya hanya mengambil atau mereka-reka sesuatu isu untuk menumbangkan kerajaan.

"Pada pendapat saya, apabila pembangkang cakap sesuatu, jangan layan mereka, selama 23 tahun (menjadi Perdana Menteri) saya tidak melayan mereka.

"Pembangkang akan sentiasa menuduh kerajaan menipu, apabila mereka mahukan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kerajaan akur pada permintaan itu, mereka tetap tidak menghargainya.

"Mereka tidak berminat untuk menjadikan perkara lebih baik atau pilihan raya bersih, mereka hanya mahukan isu dan di sebalik semua permintaan ditunaikan termasuk membenarkan pengundi-pengundi yang berada di luar negara, mereka tetap tuduh kerajaan menipu," katanya ketika berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau bagaimanapun melihat beberapa parti pembangkang semakin matang apabila dua parti iaitu DAP dan Pas tidak menyokong demonstrasi yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Politik tidak selalunya rasional, pembangkang menggunakan segala isu untuk menuduh kerajaan menipu, mereka boleh tuduh perkara itu tetapi jangan buat kekacauan di negara ini, sekiranya kita menjadi matang, negara ini ada masa depan yang lebih baik," katanya.

Katanya, beliau bersyukur rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya ganas namun hak kebebasan bersuara tidak sewajarnya disalahgunakan dan perkara itu perlu dikawal selia untuk menjaga keamanan serta kestabilan negara. UTUSAN

Sunday, June 16, 2013

Tragedi bot Belaga: "Kawan Mas" ditemui 350 meter dari tempat ia karam

Tragedi bot Belaga:
KUCHING: Bot ekspres "Kawan Mas" kini dikesan terdampar di atas batu pada kedalaman lebih kurang 18 meter di Sungai Rajang, kira-kira 350 meter dari Giam Bungan, tempat ia mula tenggelam pada 28 Mei.

Ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata penyelam skuba dari Therra Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Petronas yang diberi tanggangjawab meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat, mengesan bot itu pada kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

Katanya syarikat itu kini menunggu ketibaan tiga penyelam lagi, seorang jurutera laut dan semua kelengkapan yang diperlukan untuk mengapungkan bot berkenaan.

"Saya dimaklumkan bahawa kelengkapan mereka akan tiba di sini menjelang Selasa bagi membolehkan mereka memulakan kerja mengapungkan bot itu pada hari berikutnya.

"Kini, orang saya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam akan meneruskan usaha mencari di permukaan," kata Bakar, yang mengetuai operasi itu.

Ketika ditemui Bernama, penasihat teknikal Therra Horizon Kapten Khairul Azeman Mokhtar berkata operasi mengapungkan bot berkenaan merupakan proses berat dan rumit.

"Kami perlu melakukannya dengan amat berhati-hati. Kami tak mahu bot berkenaan pecah dalam proses ini. Perkara ini boleh terjadi akibat tekanan air.

"Kami juga meminta jurutera laut kami dari Kuala Lumpur datang untuk menyelia dan mengawasi seluruh operasi ini," katanya.

Kapten Khairul berkata pihaknya memerlukan sehari suntuk untuk memasang sistem pengapungan pada bot berkenaan.

"Selepas itu, kami perlu mengikat empat pelampung seberat lima tan setiap satu, sebelum mengepam udara kedalamnya," kata beliau.

Kapten Khairul berkata kerja mengepam udara itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan beliau menjangka bot berkenaan akan dapat diapungkan dalam masa dua hari.

"Kami harap dapat berbuat demikian apabila Empangan Hidro Bakun melepaskan airnya ke dalam Sungai Rajang agar kami mempunyai paras air lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata operasi mengapungkan bot itu adalah yang pertama seumpamanya di Sarawak dan ketiga di Malaysia setakat ini.

"Kawan Mas" membawa lebih 200 penumpang ketika ia karam di Giam Bungan, antara jeram paling berbahaya di bahagian hulu Sungai Rajang, setelah melanggar sebatang balak dan mengalami masalah enjin.

Kira-kira 213 penumpang terselamat, dua yang dikenali sebagai Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, masih hilang, manakala seorang disahkan meninggal dunia.

Sebahagian besar penumpangnya terdiri daripada pekerja yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun. Bot ini hanya dilesenkan membawa 64 penumpang.AWANI

Tuesday, June 04, 2013

Suspek hina Agong dalam Facebook ditahan: SKMM

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook-nya.

Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu 
siasatan.

Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog 
menyebarkan identitinya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. - Bernama

Perginya seorang seniman...


Seniman S Shamsudin meninggal dunia pagi tadi

Seniman S Shamsudin meninggal dunia pagi tadiS Shamsudin
KUALA LUMPUR: Seniman S Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira jam 10.56 pagi tadi di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Pelakon veteran seangkatan dengan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Satar menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong Singapura.  BH

Thursday, May 30, 2013

Najib arah siasatan terperinci tragedi bot ekspres karam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lalu.

Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.
"Saya sudah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.

Dalam kejadian itu, bot ekspres Kawan Mas yang dipercayai membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit, karam selepas terlanggar batu di Jeram Tukok/Jeram Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi.
- BERNAMA