Kemeriahan Pesta Pantai dan Karnival Mesra Belia di Belawai - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » Kemeriahan Pesta Pantai dan Karnival Mesra Belia di Belawai

Kemeriahan Pesta Pantai dan Karnival Mesra Belia di Belawai

Pertandingan Poco-poco


BELAWAI, Ahad - Pesta Pantai Belawai dan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN N.35 Belawai yang berlangsung di Tapak Pesta Kaul Pantai Belawai meriah apabila dianggar tidak kurang dari 2,000 orang penduduk hadir bagi menyaksikan program itu bermula pada 24 mac lepas dan berakhir semalam.

Kehadiran pengunjung dari luar kawasan Belawai terutama dari bandar Sibu dan daerah Matu Daro menghangatkan lagi kemeriahan Pesta Pantai Belawai dan Karnival Mesra Belia pada tahun ini.

Pelbagai acara menarik telah berlangsung sempena pesta dan karnival empat hari itu. Antaranya, sukan rakyat, perlumbaan bot laju enjin pam, pengagihan bubur sesar unjur, pameran agensi kerajaan dan gerai jualan.

Sementara itu, pertandingan poco-poco, ratu kebaya, karaoke remaja dan klinik gitar bersama artis antara yang turut dilangsungkan sepanjang karnival itu.

Kemuncak acara tersebut adalah pentas hiburan yang menampilkan barisan artis-artis dari semenanjung dan tempatan. Antara barisan artis yang menjayakan konsert pada malam itu ialah, Fiq Mentor, Nai Dinamik, Claudia Af7, Izzat exist dan gitaris kumpulan exist, Along.

Salah seorang peserta perlumbaan bot laju enjin pam menunjukkan kemahiran mengawal dan memandu bot laju.
 Bot Laju Enjin Pam
 Perlumbaan Bot Laju berkuasa enjin pam, berjaya menarik minat pengunjung ke Tapak Pesta

Datuk Haji Hamden Ahmad (berkaca mata hitam) bersama Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Belawai Abang Mohammad Abang Turkey (dua dari kanan) meluangkan masa bersama warga Belawai turut serta meraikan Pesta Pantai dan Karnival Mesra Belia 

Rock..Fiq Mentor antara barisan artis yang menghangatkan konsert Karnival Mesra Belia di Pantai Belawai malam semalam
Izzat Exist
Claudia AF7
Nai Dinamik
Meriah, warga Belawai membanjiri tapak kaul Belawai untuk menyaksikan konsert kemuncak Karnival Mesra Belia malam semalam




Share this article :

RADIO AspirasiBorneoFM

Stream status

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger