SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA..KINI PANTAI BELAWAI JADI TUMPUAN RAMAI. - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA..KINI PANTAI BELAWAI JADI TUMPUAN RAMAI.

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA..KINI PANTAI BELAWAI JADI TUMPUAN RAMAI.

REKI SEAFOOD BEACH masih dalam pembinaan. Rumah atap ala-ala kampung.

Penyiapan jalan darat yang menghubungkan Belawai dengan Bandar Sibu, antara faktor penyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke Pekan Belawai.

Sejak beberapa bulan lepas, hampir ratusan pengunjung yang rata-ratanya dari Bandar Sibu dan beberapa kawasan di sekitar pekan Daro dan Matu selain Bintulu telah berkunjung dan melancong ke Belawai.

Lokasi tumpuan para pengunjung ini pastinya di Pantai Belawai. Pantai Belawai yang hanya terletak kira-kira beberapa minit perjalanan dari kawasan kampung,merupakan destinasi utama pilihan pengunjung.

Melihat kepada potensi dan peluang meningkatkan ekonomi menerusi produk pelancongan ini sudah terdapat usaha-usaha untuk membangunkan kedai makanan dan pusat riadah di pantai Belawai.

Terbaru, Reki Seafood Beach akan di bina di pantai Belawai. Bangunan kedai makanan tersebut kini masih dalam pembinaan dan dijanka siap tidak lama lagi.

Selain  kedai makanan, Reki Beach turut menawarkan beberapa perkhidmatan dan set  perkelahan kepada pengunjung yang ingin merancang menjalankan aktiviti riadah dan perkelahan di Pantai Belawai.

Antara produk yang di tawarkan adalah seperti berikut:

DI SINI PIHAK KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK DISEWA SEPERTI BERIKUT:
1. MEJA = rm2.00
2. TEMPAT MEMBAKAR AYAM ATAU IKAN =RM4.00
3. PERAHU =RM4.00
4. PELAMPUNG =RM1.00
5. PAYUNG =RM
6. KERUSI =RM2.00
7. TANDAS = RM (MASIH DALAM PROSES DI SEDIAKAN)
8. MANDI AIR PAIP =RM1.00 (SEORANG)

Sememangnya tidak lengkap sekiranya datang ke sini, jika tidak menjamu selera dengan pelbagai makanan laut yang digoreng rangup serta menikmati produk hasilan jualan nelayan di sini.

Bagi menghilangkan dahaga, pelbagai perisa air turut disediakan dengan harga yang memuaskan.

Bukan sahaja menjadi tumpuan kepada orang ramai, malah kaki-kaki pancing  pantai turut menjadikan pantai ini sebagai salah satu lokasi pancing mereka.
Suasana nyaman dengan udaranya yang segar menjadikan pantai ini sebagai satu destinasi pelancongan terbaru di Sarawak.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk pelancongan ini boleh menghubungi Reki Beach di talian 0138017834/0138027834/0198496617 atau melayari laman sosial facebook dengan kata carian PANTAI BELAWAI.



 Foto : Laman Sosial Facebook : Pantai Belawai....jom sertai laman ini sekarang. Terima kasih

Usik-usik : Ini Pantai Belawai. Pantai ini memang betul2 terletak di pantai Belawai. Sekarang ramai pengunjung telah berkunjung ke Pantai Belawai. Tahniah Warga Belawai. Belawai dalam bahagian Mukah. Pantai Belawai bukan Pantai Tanjung Manis ye..
Share this article :

RADIO AspirasiBorneoFM

Stream status

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger