Pembangunan memerlukan sokongan rakyat - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » Pembangunan memerlukan sokongan rakyat

Pembangunan memerlukan sokongan rakyat


MIRI 23 Feb. - Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM2.3 juta untuk lima rumah panjang berhampiran Sungai Laong, daerah kecil Beluru, dekat sini adalah satu lagi bukti usaha bersungguh-sungguh kerajaan membangun dan menaik taraf kehidupan penduduk luar bandar di negeri ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata, kesemua projek tersebut adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk menyediakan akses kepada bekalan elektrik 24 jam kepada 140,000 isi rumah menjelang akhir tahun ini.

Lima rumah panjang terbabit ialah Rumah Nugak, Rumah Nuing, Rumah Henry Jelani, Rumah Tinggi dan Rumah Sadan.

''Sekarang ini, penduduk di kawasan tersebut telah menikmati bekalan elektrik 24 jam hasil daripada kesungguhan kerajaan membangun dan menaik taraf kehidupan masyarakat luar bandar.

''Oleh itu, rakyat patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan memberikan sokongan padu kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya yang akan datang kerana ia akan menjamin rakyat di negeri ini terus menikmati arus pembangunan," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan merasmikan majlis Projek BELB 2008/2009 di Rumah Nugak Sungai Laong, Daerah Kecil Beluru kira-kira 80 kilometer dari sini. Sini
Share this article :

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger