Headlines News :
Home » » Sejumlah 38 kes baru HFMD dikesan di Sarawak

Sejumlah 38 kes baru HFMD dikesan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 kes baru jangkitan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) dikesan di Sarawak setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 1,231 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata daripada jumlah itu, 449 kes dicatat di Kuching, 202 di Bintulu, Samarahan (119) dan Betong (107).

"Sebanyak 33 daripada 226 sampel yang diuji pula menunjukkan 87 peratus atau 29 sampel positif EV71, manakala baki 13 peratus atau empat sampel lagi positif virus Coxsackie A.

"Walaupun jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 936 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan kes adalah ringan, tidak ada komplikasi dan terkawal," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kementerian berusaha membendung penyakit itu dengan menggalakkan orang ramai mengamalkan kebersihan di rumah, persekitaran, tempat belajar dan diri. - BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template