Keseimbangan Rohani dan Jasmani Menjana Kesihatan Masyarakat Sejahtera. - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » Keseimbangan Rohani dan Jasmani Menjana Kesihatan Masyarakat Sejahtera.

Keseimbangan Rohani dan Jasmani Menjana Kesihatan Masyarakat Sejahtera.

JOM SIHAT..Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Hajah Norah Tun Rahman mencuba peralatan kesihatan sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Komuniti Sihat 1 Malaysia peringkat daerah kecil Belawai pagi semalam. Turut kelihatan, Pegawai Kesihatan Bahagian, Dr Osman Rapaie, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Belawai, Abang Mohammad dan Kr. Dayang Raoyah.

BELAWAI, AHAD - Islam mengajak umatnya sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan serta memeliharanya dengan memakan makanan dan minuman bersih, berzat dan halal. Setiap makanan dan minuman bersih, suci, berzat lagi halal dapat menguatkan ketahanan tubuh badan serta minda hingga dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. 

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Hajah Norah Tun Rahman berkata, Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata, gaya hidup yang sihat menuntut setiap orang menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit agar masyarakat dapat meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.
 
Katanya, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.
 
“Kesihatan ini adalah perkara yang amat mustahak, kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.”

“Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani.” Katanya semasa berucap Merasmikan Program Komuniti Sihat 1 Malaysia peringkat daerah kecil Belawai di sini semalam.

Norah berkata, agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri kita.

“Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur.” Katanya

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr. Osman Haji Rapaie, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Belawai Abang Mohammad Abang Turkey, Kr. Dayang Raoyah Awang Adeng dan Kr. Ahmad Adai.

Meriah..sambutan yang sungguh meriah.

Cenderahati..Pegawai Tadbir Sarawak, Daerah Kecil Belawai Abang Mohammad Abang Turkey menerima cenderahati kenangan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian.






Share this article :

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger