Headlines News :
Home » » Belia aset penting kepada k’jaan

Belia aset penting kepada k’jaan


SIBU: Peranan belia merupakan aset penting kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

Ini kerana, katanya, belia adalah penggerak kepimpinan BN pada masa akan datang dan oleh sebab itu belia dianggap sebagai tunjang kepada negara ini.

“Para belia yang aktif dan cergas sangat dikehendaki dan dialu-alukan untuk bersama BN bagi mempertahankan kepimpinannya agar terus memerintah negara ini pada masa-masa akan datang.

“BN sangat memerlukan peranan belia untuk terus bersama-sama memperjuang matlamat dan agenda BN yang merupakan teras kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan Kampung Bungan Besar anjuran Persatuan Belia Katolik Kampung Bungan Besar di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bungan, Batang Igan, Dalat di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bungan Besar Sulaiman Hashim, Kaunselor Ambrose Lupin Gobil dan Pengerusi Persatuan Belia Katolik Kampung Bungan Besar, Resmond Ditus.

Karnival berlangsung pada 29 dan 30 Disember itu melibatkan pelbagai pertandingan sukan seperti bola sepak, futsal, bola tampar, badminton dan sebagainya yang disertai oleh sekitar penduduk Kampung Bungan Besar dan Kampung Bungan Kecil.

Menurutnya, jika belia bersama BN maka masa depan mereka adalah sangat cerah kerana parti itu berkhidmat untuk rakyat dan negara.

“Jika para belia tersalah pilih parti apabila hendak menceburi dunia politik amnya menyertai pihak pembangkang, maka haluan mereka akan tidak terbatas seterusnya boleh menyebabkan mereka bersifat agresif kerana membencikan kerajaan.

“BN mempunyai undang-undangnya yang sudah termaktub dalam parti dan kita tidak boleh sesuka hati memberontak kerana kita mempunyai undang-undang,” tegasnya.

Menyentuh mengenai karnival itu, Lau menyifatkan ia adalah satu platform untuk memupuk silaturahim di kalangan penduduk setempat.

Melalui sukan, katanya, segala tali persaudaraan akan terjalin manakala soal kalah dan menang sememangnya adat pertandingan serta harus diketepikan dalam usaha memupuk hubungan baik.

“Para belia harus bergiat aktif dalam apa juga bidang dan bukan hanya dalam sukan. Ini kerana bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam semua aspek pembangunan.

“Justeru, saya meminta para belia supaya tidak menyisihkan diri dari BN kerana segala pembangunan ada di dalam BN,” katanya. SUMBER
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template