February 2012 - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:

Ramai nelayan gagal terima elaun sara hidup

SANDAKAN: Kegagalan nelayan memperbaharui lesen kapal dan perkakasan menjadi faktor ramai antara mereka tidak dapat menerima elaun sara hidup daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Timbalan Pengarah LKIM negeri, Mohd Jamil Abdullah, berkata menjadi syarat utama bahawa hanya nelayan yang memiliki lesen tidak tamat tempoh layak menerima elaun sara hidup RM200 itu setiap bulan.

Katanya, di daerah ini saja, terdapat 1,500 nelayan memohon untuk mendapatkan elaun itu pada bulan ini.

"Hanya 601 daripada mereka layak menerima bantuan itu dan selebihnya terpaksa ditolak kerana lesen vesel (kapal) dan perkakasan mereka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan tamat tempoh," katanya pada majlis penyampaian elaun itu kepada nelayan kawasan Sandakan yang disempurnakan oleh Pengerusi Ko-Nelayan negeri, Datuk Samsuddin Yahya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Jamil mahu golongan itu memperbaharui lesen itu sebelum ia tamat tempoh dan persatuan nelayan di negeri ini juga perlu memainkan peranan mengingatkan ahli mereka.

Katanya, kerajaan tidak mahu nelayan terpinggir daripada menerima bantuan yang layak dan permohonan elaun itu diketatkan bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasar. - BERNAMA

TAHNIAH, YB ABDULLAH SAIDOL

Semop rep named Chief Political Secretary to CM

KUCHING: Semop assemblyman Abdullah Saidol has been appointed as Chief Political Secretary to the Chief Minister, replacing Asajaya assemblyman Abdul Karim Rahman Hamzah.

The appointment was made because Karim is now Assistant Minister in charge of Youth Development as well as Assistant Minister of Housing.

Abdullah’s swearing-in-ceremony will be held at 1.30pm today at Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud’s office.

When contacted yesterday, Abdullah thanked the state government for its trust in him, which he said was in the spirit of racial harmony and development.

“I will discharge my duty well and to my utmost best in line with the philosophy and agenda of the government which wants progress, racial harmony and development. We must work together at all strata of the society, too,” he said.

Prior to this appointment, Abdullah was chairman of State BN Backbenchers Club, also replacing Karim.
He is also vice-chairman of federal BN Backbenchers Club.

This year is his first term as state assemblyman after he won Semop for BN with a majority of 4,250 votes over his two challengers, PKR’s Ong Chung Siew and independent Ajiji Fauzan in the April 16 state election last year.

Saidol replaced Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar, the current State Legislative Assembly Speaker and Acting Head of State as the BN elected representative in Semop (formerly known as Serdeng).

Unimas menang anugerah inovasi, ciptaan MTE 2012

Warga Unimas menunjukkan sijil dan anugerah yang dimenangi pada MTE 2012 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SAMARAHAN 28 Feb. - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memenangi empat pingat emas, tiga perak dan 10 gangsa pada Ekspo Teknologi Malaysia 2012 (MTE 2012) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Ekspo anjuran Malaysian Association Research Scientists (MARS) dan PROTEM Exhibitions Sdn. Bhd. yang bermula pada 16 hingga 18 Februari lalu itu telah menghimpunkan 558 ciptaan dari peserta antarabangsa dan tempatan dengan Unimas mempamerkan 18 ciptaannya.

Unimas dalam satu kenyataan berkata, Profesor Madya Dr. Nazlina Shaari dari Fakulti Seni Kreatif dan Gunaan, Unimas turut memenangi 'Anugerah Inovasi dan Ciptaan Paling Baik' menerusi ciptaannya yang dikenali sebagai 'Eco-Mordant: Utilising Sago Effluent in Natural Dye Process'.

Katanya, ciptaan Nazlina itu menggambarkan satu kaedah alternatif yang menggunakan sisa sagu dalam proses pewarnaan semula jadi yang secara tidak langsung mengambil kira kepentingan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"Ini kerana produk tersebut menggunakan sisa sagu bagi menghasilkan pelbagai tone warna yang semula jadi untuk diaplikasikan pada fabrik selepas melalui proses penapaian.

"Menerusi ciptaan ini, proses pewarnaan tersebut mampu menggantikan bahan toksik dan pewarna kimia tidak terbiodegradasikan dengan pencelup yang rendah tahap toksik malah terbiodegradasikan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kemenangan Nazlina itu membolehkan Unimas berada di tempat kedua antara institusi pengajian tinggi (IPT) kebangsaan dan antarabangsa serta pelbagai organisasi daripada 40 negara yang menyertai MTE2012 termasuk Korea, Croatia, Rusia, Poland, Taiwan, Arab Saudi serta Iran.

"Pencapaian cemerlang itu diharap akan memberi perangsang kepada para penyelidik Unimas agar lebih bermotivasi dan bergerak maju dalam kajian masing-masing.

"Dengan harapan mereka akan menghasilkan ciptaan dan inovasi baru sebelum ia boleh dikomersialkan sekali gus memberi pendapatan kepada universiti ini," katanya. Disini

Sejumlah 38 kes baru HFMD dikesan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 kes baru jangkitan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) dikesan di Sarawak setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 1,231 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata daripada jumlah itu, 449 kes dicatat di Kuching, 202 di Bintulu, Samarahan (119) dan Betong (107).

"Sebanyak 33 daripada 226 sampel yang diuji pula menunjukkan 87 peratus atau 29 sampel positif EV71, manakala baki 13 peratus atau empat sampel lagi positif virus Coxsackie A.

"Walaupun jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 936 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan kes adalah ringan, tidak ada komplikasi dan terkawal," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kementerian berusaha membendung penyakit itu dengan menggalakkan orang ramai mengamalkan kebersihan di rumah, persekitaran, tempat belajar dan diri. - BERNAMA

Pembangunan memerlukan sokongan rakyat


MIRI 23 Feb. - Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM2.3 juta untuk lima rumah panjang berhampiran Sungai Laong, daerah kecil Beluru, dekat sini adalah satu lagi bukti usaha bersungguh-sungguh kerajaan membangun dan menaik taraf kehidupan penduduk luar bandar di negeri ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata, kesemua projek tersebut adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk menyediakan akses kepada bekalan elektrik 24 jam kepada 140,000 isi rumah menjelang akhir tahun ini.

Lima rumah panjang terbabit ialah Rumah Nugak, Rumah Nuing, Rumah Henry Jelani, Rumah Tinggi dan Rumah Sadan.

''Sekarang ini, penduduk di kawasan tersebut telah menikmati bekalan elektrik 24 jam hasil daripada kesungguhan kerajaan membangun dan menaik taraf kehidupan masyarakat luar bandar.

''Oleh itu, rakyat patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan memberikan sokongan padu kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya yang akan datang kerana ia akan menjamin rakyat di negeri ini terus menikmati arus pembangunan," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan merasmikan majlis Projek BELB 2008/2009 di Rumah Nugak Sungai Laong, Daerah Kecil Beluru kira-kira 80 kilometer dari sini. Sini

Najib bakal buat pengumuman adil, saksama bagi SSM, SBPA

PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu. - BERNAMA Disini

TPM adakan lawatan kerja dua hari ke Sarawak mulai Jumaat

KUCHING 22 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada Jumaat dan Sabtu ini dengan mengadakan beberapa pertemuan bersama pemimpin masyarakat serta rakyat di kawasan parlimen Bintulu, Selangau dan Baram.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan parti-parti komponen BN dan kemudian bersolat Jumaat bersama penduduk Kampung Jepak di Bintulu sebelum menyertai majlis kenduri rakyat di perkarangan Masjid Jepak.

Beliau, yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, akan bersama-sama dengan rakyat kawasan Parlimen Selangau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah, Selangau pada sebelah petang, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak di sini, hari ini.

Kemudian, beliau akan menghadiri majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Dewan Suarah, Bintulu. - BERNAMA

Ranting PBB RPR Desa Wira ditubuhkan

Ahmad Ibrahim (tiga dari kiri) menerima borang keahlian ahli-ahli baru bagi Ranting RPR Desa Wira di Kuching, semalam.

KUCHING 21 Feb. - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa telah menubuhkan ranting baru bagi cawangan berkenaan dan merupakan yang ke-15 di RPR Desa Wira, di sini hari ini.

Serentak penubuhan ranting baru berkenaan, seramai 50 penduduk di kawasan terbabit yang diketuai oleh wakil jawatankuasa sementara PBB Taman Desa Wira, Awang Ahmad Awang Kassim menyampaikan borang keahlian masing-masing.

Borang keahlian tersebut diterima oleh Ketua Cawangan PBB Batu Kawa, Datuk Ahmad Ibrahim dalam satu majlis di sini.

Terdahulu, Ahmad dalam ucapannya memberitahu, penubuhan ranting baru itu adalah sebagai menyahut sokongan dan kehendak penduduk di RPR Desa Wira yang inginkan suara politik mereka disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.

"Penubuhan itu juga adalah platform untuk meningkatkan lagi interaksi pemimpin bersama rakyat demi kemajuan serta kebajikan penduduk di kawasan RPR Desa Wira," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menasihatkan ahli-ahli yang baru itu supaya mengenali sejarah serta objektif penubuhan PBB dan pada masa sama sentiasa mengekalkan semangat perjuangan parti.

''Dalam setiap perjuangan parti pasti ada pengorbanan yang diperlukan bagi memastikan objektif serta perjuangan parti tercapai," ujarnya.

Pada majlis yang sama, jawatankuasa sementara bagi ranting PBB RPR Desa Wira telah dilantik oleh bakal ahli bagi memperkemaskan lagi proses penubuhan ranting serta mendapatkan ahli-ahli baru. Disini

COOP 1Malaysia kini di Sarawak

 ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) menunjukkan produk COOP 1Malaysia bersama jemputan lain pada majlis Pelancaran Pusat Pengedaran Koperasi Nilam Kuching Berhad dan Produk COOP 1Malaysia bagi Zon Sarawak di Kuching, semalam. 

KUCHING 19 Feb. - Rakyat di negeri ini bakal menikmati barang keperluan harian pada harga 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga barang berjenama dengan pelancaran Produk COOP 1Malaysia peringkat Sarawak di Jalan Bako di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat 37 jenis barangan COOP 1Malaysia ditawarkan ketika ini sebelum ditingkatkan kepada 67 barangan pada penghujung Februari dan 100 barangan akhir Mac nanti.

Menurutnya, bagi mengekalkan kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap kualiti produk COOP 1Malaysia, sumber bahan dan bekalan untuk produk tersebut perlu memenuhi syarat pensijilan dan piawaian badan berwajib yang ditetapkan.

''Perlu ditegaskan di sini bahawa kementerian tidak akan berkompromi sama sekali dengan kualiti produk yang ditawarkan kepada pengguna, meskipun niat asalnya adalah murni iaitu untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat.

''Di bawah label produk COOP 1Malaysia, produk-produk akan dilabelkan dengan lebih menarik, serta penarafan kualiti yang setanding dengan barangan berjenama terkenal tempatan," katanya pada Majlis Pelancaran Pusat Pengedaran Koperasi Nilam Kuching Berhad dan Produk COOP 1Malaysia bagi Zon Sarawak di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dengan produk COOP 1Malaysia itu kerajaan buat pertama kalinya dapat menyamakan harga barang tersebut di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan ia boleh dikenali sebagai 'Produk 1Malaysia, 1Harga'.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemasaran produk COOP 1Malaysia itu dijangka tidak menjejaskan peniaga-peniaga lain memandangkan kementerian menggalakkan mereka turut bekerjasama dengan membeli produk berkenaan dari pusat-pusat pengedaran yang dilantik.

Ini kerana, produk COOP 1Malaysia dihasilkan untuk kepentingan pengguna serta peniaga dan kementerian tidak mahu ia menjadi satu saingan kepada peniaga-peniaga lain.

''Jadi, bagi mengelak sebarang persaingan, maka para peniaga tersebut perlu bersama kementerian untuk menjual produk COOP 1Malaysia ini.

''Pada masa akan datang, saya juga mengharapkan supaya barangan COOP 1Malaysia ini boleh didapati di kiosk koperasi di institusi pengajian tinggi (IPT), koperasi kariah masjid, sekolah dan lebih baik lagi jika produk itu boleh menembusi di pasar raya besar seperti Tesco atau Giant," katanya. Disini

Wakil rakyat bukan penentu penerima BR1M

PAKAN (Sarawak) 19 Feb. - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, kelulusan atau penolakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan ditentukan oleh wakil rakyat atau pegawai daerah.

Oleh itu, pemohon yang gagal tidak sepatutnya menyalahkan atau memarahi mereka, katanya pada majlis bertemu rakyat dan upacara memasuki rumah baru di rumah panjang Barak Gadom di Nyalak Ili sebanyak 27 unit di sini malam tadi.

Beliau antara sebab utama sesuatu permohonan itu ditolak ialah kesilapan pemohon dalam mengisi borang.

Salang berkata, setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab menjaga kebajikan semua penduduk di kawasan yang mereka wakili, tanpa mengira fahaman politik.

"Dia tidak boleh mengutamakan anggota BN sahaja dalam pengagihan sesuatu bantuan atau geran. Walaupun ada anggota parti yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, tapi saya harap mereka akan sedar bahawa kerajaan BN adalah kerajaan untuk semua rakyat,” katanya. - BERNAMA

BR1M bukan rasuah - Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," katanya.
Abu Kassim berkata, negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. - BERNAMA

Skandal pasir - SERANG lapor pada SPRM

PUTRAJAYA 14 Feb. - Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan dua pendedahan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin termasuk skandal pasir di Selangor.

Pengerusi SERANG, Budiman Mohd. Zohdi berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu mahu SPRM membuat siasatan terhadap pendedahan itu dalam portal Malaysia Today, http://malaysia-today.net Khamis lepas berhubung pembabitan dua wakil rakyatParti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam skandal pasir tersebut.

"Kami mendesak pihak SPRM menyiasat dakwaan ini sekiranya wujud salahguna kuasa, konflik kepentingan kerana menyokong syarikat yang mereka sendiri merupakan Anggota Lembaga Pengarah syarikat.

"Sekiranya dakwaan Raja Petra merupakan satu fitnah maka kita mencabar mereka (dua wakil rakyat PKR itu) membuat laporan polis terhadap dakwaan Raja Petra. Namun, sehingga hari ini, tiada laporan polis dibuat lagi," katanya
kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Sebelum itu, Budiman bersama kira-kira 20 penyokong SERANG berkumpul di perkarangan SPRM memegang poster bantahan berhubung skandal pasir di Selangor.

Selain skandal pasir, Budiman berkata, SERANG turut membuat laporan kepada SPRM berhubung pendedahan Raja Petra pada 6 Januari lalu bahawa abang ipar kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berjumpa dengan pihak pemaju dengan tujuan mendapatkan wang untuk mempercepatkan kelulusan projek-projek kerajaan negeri Selangor. - BERNAMA. Disini

23 peserta ikuti Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia

JULAHI Narawi (tengah) bersama Chamil Wariya (empat dari kiri) bersama peserta yang mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 13 Feb. - Seramai 23 wartawan daripada pelbagai organisasi media dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak berkampung di bandar raya ini bagi mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2012 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) mulai hari ini hingga 25 Februari.

Program yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan negeri itu adalah program kedua MPI dalam usaha memberi peluang kepada wartawan menajamkan kemahiran kewartawanan dan ilmu kenegaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya berkata, program tersebut diadakan khusus untuk wartawan yang bukan sahaja muda dari segi usia tetapi perkhidmatan dalam kewartawanan.

"Program ini mengandungi dua komponen utama iaitu untuk meningkatkan pengetahuan kenegaraan dalam kalangan wartawan baru dan mempertajamkan kemahiran mereka dalam bidang penulisan serta pelaporan.

"Penyertaan dalam program sulung anjuran MPI ini dihadkan kepada wartawan yang boleh dianggap masih mentah dalam kerjaya mencabar ini," katanya pada majlis perasmian di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Julaihi Narawi.

Turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Resat Salleh.

Chamil berkata, dengan pemahaman mendalam dalam bidang kewartawanan, para peserta akan dapat menghasilkan laporan serta tulisan yang lebih baik serta berwibawa pada masa akan datang.

Kata beliau, proses tersebut akan membantu rakyat menjadi lebih bermaklumat selari dengan hasrat menjadi sebuah masyarakat demokratik matang mengikut acuan Wawasan 2020.

"Sepanjang dua minggu program ini, peserta turut berpeluang berkongsi pengalaman dengan generasi wartawan yang sudah menempa nama dan berjaya dalam kerjaya yang mereka ceburi," ujarnya.

Antara penceramah yang terbabit dalam program berkenaan ialah Editor Eksekutif Kumpulan/Editor Politik The Sun Media Group, Zainon Ahmad; Penasihat Blog House Malaysia, Datuk Ahirudin Attan; Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir; Ketua Pengarang Berita The Star, T. Selva serta Timbalan Pengarah, Berita & Ehwal Semasa RTM, Abdul Muis Shefii.

Turut memberi ceramah ialah Pensyarah Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga Kolumnis New Straits Times, Prof. Salleh Buang; Pengarang Berita Khas Utusan Malaysia, Ramli Abdul Karim; Founder of Napoleon Hill Associates, Christina Chi; bekas Wartawan FotoReuters (Singapura), Zainal Abdul Halim; Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Shamrahayu A. Aziz serta Timbalan Setiausaha Bahagian PQ Kementerian Dalam Negeri, Mohd. Razif Mahmood. Disini

78.5% projek yang dijanjikan di Sarawak siap dibina

KUCHING 13 Feb. — Sejumlah 245 atau 78.5 peratus daripada 312 projek yang diumumkan ketika program tinjauan mesra oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas, telah siap dibina setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah, yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua projek itu, berkata projek-projek yang dilaksanakan setakat ini melibatkan kos RM213.7 juta.

Sebanyak 40 projek atau 12.82 peratus, dengan kos RM1.312 bilion, sedang dilaksanakan manakala 27 projek atau 8.65 peratus, dengan kos RM709.66 juta belum lagi dimulakan, katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan tinjauan beliau ke tiga projek di bahagian Miri hari ini.

Beliau melawat projek menara tinjau kebakaran hutan paya di Senadin, Kuala Baram, tapak projek kecil di Kampung Tanjung Batu, Miri Bypass, dan tapak kolam takungan di Taman Tunku di Miri. Kesemua projek itu siap dibina sehingga 9 Feb lepas.

Uggah merakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan projek-projek berkenaan, termasuk kerajaan negeri Sarawak, kementerian dan agensi di bawahnya serta wakil-wakil rakyat kawasan.

"Ucapan terima kasih juga kepada penduduk setempat dan rakyat Sarawak umumnya di atas kesabaran mereka menunggu projek-projek ini dilaksanakan,” katanya. — BERNAMA



RAKYAT BELAWAI MAHU PENJELASAN SEBENAR.

BELAWAI, Sabtu - Pihak pengurusan pembinaan Masjid Baharu Belawai diminta turun padang menjelaskan isu berkaitan kegiatan mengorek pasir di kawasan ini untuk tujuan pembinaan masjid baharu Belawai.

Isu berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan di kalangan masyarakat tempatan.

Isu berlarutan sejak beberapa minggu lepas itu reda seketika dan ia kini kembali memuncak apabila orang ramai mula mempersoalkan berkaitan kelulusan kerja-kerja mengorek pasir tersebut walaupun sebelum ini mendapat bantahan keras daripada penduduk kampung.

Malahan, pejabat daerah kecil Belawai dan pemimpin peringkat kampung turut menjadi sasaran kononnya telah mengeluarkan kelulusan untuk kerja-kerja mengorek pasir berkenaan , meskipun telah berulang kali diperjelaskan bahawa kerja-kerja terbabit tiada berkaitan dengan pejabat daerah kecil Belawai.

Justeru itu, orang ramai meminta pihak pengurusan pembinaan Masjid baharu Belawai tampil untuk menjelaskan perkara sebenar supaya segala permasalahan dan bantahan orang ramai dapat diselesaikan secara berhemah dan bijaksana.

Sekiranya keadaan memaksa dialog antara pihak pengurusan dan orang ramai perlu dibuat untuk menjelaskan keadaan sebenar supaya isu berkenaan tidak berlarutan.

BR1M : Bukti Keupayaan Ekonomi Negara dan Kempimpinan Cekap Kerajaan.

UNTUK RAKYAT....Datuk Hajah Norah menyampaikan bayaran tunai RM500 kepada para penerima dari kawasan Daerah Kecil Belawai di sini petang semalam.

BELAWAI, Khamis - Rakyat perlu menilai dengan bijak dan rasional bagi setiap bantuan yang disediakan oleh kerajaan kerana pelbagai langkah pembangunan telah direncanakan untuk semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan politik.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Hajah Norah Tun Rahman berkata, pelbagai usaha kerajaan melalui beberapa program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan elaun sara hidup nelayan, Bantuan Awal Persekolahan RM100, Bantuan Baucar Buku RM200 kepada pelajar intitusi pengajian tinggi dan sebagainya membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap nasib golongan berpendapatan rendah di negara ini.

“Ia secara jelas menterjemahkan keupayaan ekonomi negara serta kepimpinan yang cekap dan mampu memberi jaminan kesejahteraan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Keupayaan memberi kesejahteraan menerusi bantuan kebajikan itu hanya mampu dilakukan oleh kerajaan yang terbaik,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian bantuan BR1M kepada lebih 600 penerima di Dewan Perikanan di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Daro Shafie Haji Ahmad dan Pegawai Tadbir Sarawak,Daerah kecil Belawai Abang Mohammad Abang Turkey.

Beliau turut menasihat para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan ini diminta memanfaatkan bantuan tersebut sebaik mungkin dalam usaha meringankan beban perbelanjaan seisi keluarga.

"Seeloknya bantuan ini dimanfaatkan untuk keperluan seisi keluarga bukan dibazirkan kerana pemberian wang ini juga bertujuan untuk meringankan beban terutama ketika awal tahun seperti menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak," katanya

Pembayaran BR1M dibuat secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan kesesakan selain memudahkan urusan pembayaran dan penyerahan baucar kepada penerima yang layak. 

 Bukti Kprihatinan kerajaan

 Tunggu Giliran..Antara penerima BR1M di Belawai semalam.

Tingkat persefahaman perkukuh perpaduan tunjang pembangunan dan kestabilan negara.

JOHAN QARIAH..Datuk Hajah Norah menyampaikan hadiah kepada johan Qariah Ujian Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Daro malam semalam. Turut kelihatan Pegawai  Daerah Daro Encik Shafie Haji Ahmad dan Pegawai Tadbir Sarawak,Daerah Kecil Belawai Abang Mohammad Abang Turkey.
BELAWAI, Khamis –  Umat Islam di negeri ini harus meningkatkan persefahaman yang menjadi tunjang kepada kekuatan untuk terus maju.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Hajah Norah Tun Rahman berkata, pengaruh Islam secara tidak langsung turut mempengaruhi corak kemajuan dan kepesatan dunia pada masa ini yang menuntut umat Islam agar bersatu selain menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Katanya, umat Islam hari ini harus menimba ilmu pengetahuan setinggi mungkin untuk menjadi masyarakat yang dinamik serta bersaing dalam dunia yang semakin maju pada hari ini.

Beliau berkata, Evolusi Islam telah pun berkembang sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Umat Islam amat disegani kerana kejayaan-kejayaan yang dicapai baik dalam bidang ekonomi, astronomi dan sebagai yang wajar dicontohi oleh masyarakat kini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Ujian Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Daro di Dewan Perikanan Belawai di sini malam tadi.

Beliau turut menasihatkan agar perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam harus dipelihara dan diperkukuhkan untuk memastikan agenda umat Islam pada dunia moden hari ini terus berada pada landasan betul.

Hanya dengan perpaduan, kekuatan sesebuah negara dapat dipertahankan dan sukar untuk runtuhkan sebaliknya tanpa perpaduan, umat Islam akan mudah dikuasai dan perpecahan sesama sendiri hanya akan merugikan negara.

“Sebagai contoh pergolakan di negara teluk seperti Libya, Mesir dan beberapa negara lain hendaklah menjadi tauladan betapa mudahnya mereka tumbang kerana perpecahan dan pertelingkahan sesama sesama sendiri. Bahkan, negara mereka mudah dikuasai kuasa asing sekiranya rakyat tidak bersatu dan sering bermusuhan.” Katanya.

Justeru umat Islam diingatkan agar terus bersatu padu dan memelihara keharmonian yang sejak sekian lama terbina di negara ini.

Menyentuh mengenai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Daro pada tahun ini, beliau melahirkan perasaan kagum dengan penyertaan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan itu.

“Penyertaan masyarakat dalam program dan aktiviti yang kita anjurkan ini menunjukkan persefahaman dan satu kerjasama yang cukup baik antara mereka” Ujarnya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Daro Shafie Haji Ahmad, dan Pegawai Tadbir Sarawak,Daerah kecil Belawai (SAO) Abang Mohammad Abang Turkey.
CEDERAMATA...Pegawai Daerah Daro Shafie Haji Ahmad menyampaikan cenderamata kenangan kepada Datuk Hajah Norah Tun Rahman. turut kelihatan Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Belawai, Abang Mohammad Abang Turkey.


BR1M daerah Belawai mula diagih

BELAWAI, Khamis - Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Rahman hadir menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi kawasan Belawai di sini petang ini.

Orang ramai mula membanjiri perkarangan dewan perikanan Belawai seawal jam lapan pagi tadi.

Selepas ini Datuk Norah akan merasmikan program Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pada sebelah malam beliau dijadual merasmikan Majlis Penutupan Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Daro. HB

Eksport Produk Halal Naik 10 Peratus Kepada RM33 Bln Tahun Ini, Kata HDC

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat 10 peratus kepada RM33 bilion tahun ini berikutan usaha agresif yang dijalankan oleh kerajaan untuk mempromosikan industri itu ke seberang laut.

"Sasaran kita ialah peningkatan 10 peratus setahun (eksport), ia adalah sasaran yang wajar untuk dicapai.

"Unjuran itu ialah menurut sistem data rumah gudang dan ia seiring dengan unjuran tahunan," kata naib presiden (operasi) Perbadanan Pembangunan Industri Halal, Mohd Raimee Tamin.

Sistem data rumah gudang HDC, yang dimulakan tahun lepas, berdasarkan kepada statistik yang dihimpun dari agensi kerajaan dan peserta industri sementara angka eksport sebenar pula akan dikumpul dan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada pertengahan Februari, kata beliau dalam persidangan akhbar untuk mengumumkan Minggu Halal Malaysia 2012.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Wong Lai Sum memberitahu pemberita yang keadaan ekonomi global yang lembap pada masa ini boleh menjejaskan pertumbuhan industri halal global.

Beliau berkata jangkaan itu adalah seiring dengan unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) iaitu pertumbuhan industri yang sederhana pada 3.3 peratus tahun ini.

"Industri halal bukan sahaja memenuhi keperluan komuniti Islam, ia juga melangkaui keseluruhan penduduk.

"Dari segi penyederhanaan dan pengeluaran global, jika situasi ekonomi lembap, ia akan menjejaskan permintaan untuk produk halal," kata beliau.

Mengenai Minggu Halal, Wong berkata acara itu akan menarik penyertaan dari 50 negara termasuk China, Indonesia, Perancis, Korea Selatan, Australia, Belgium dan Chile, Tunisia dan Poland.

Forum Minggu Halal Malaysia yang akan diadakan antara 2-7 April, terdiri daripada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, Mesyuarat Penyelidikan Halal Malaysia dan Forum Halal Dunia Ketujuh 2012.

-- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sibu Jaya penjana ekonomi


SIBU 8 Feb. – Bandar baharu Sibu Jaya yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini, mempunyai potensi untuk menjadi pusat ekonomi bandar ini.

Menteri Perumahan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, ia berdasarkan kedudukan strategik Sibu Jaya yang terletak di antara wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Hab Halal Tanjung Manis.

“Sibu Jaya terletak kira-kira satu kilometer dari Lapangan Terbang Sibu dan mempunyai kemudahan penting bagi kawasan wilayah tengah negeri ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pearl Avenue di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah; Presiden MIMOS Bhd. (MIMOS), Datuk Abdul Wahab Abdullah dan Pengarah HDCam Sdn. Bhd., Azmi Hashim.

Sementara itu Abang Johari berkata, Sibu Jaya juga bakal menjadi bandar moden dilengkapi jaringan serta fasiliti Internet seperti WiFi.

Katanya, sasaran pembangunan bandar baharu yang moden dan bertenaga itu akan dicapai menjelang 2023 dan kerajaan telah menggariskan pelan jangka panjang untuk merealisasikannya.

Beliau berkata, kawasan tersebut akan dibangunkan dengan projek perumahan, rumah kedai, pusat komersial, bangunan komersial, lot industri, sekolah, fasiliti komuniti dan kemudahan awam.

“Bandar baharu Sibu Jaya terus pesat membangun seiring dengan peningkatan jumlah penduduk di sekitarnya dengan kiraan 25,000 penduduk mendiami Sibu Jaya,” katanya.

Mengenai projek perumahan Pearl Venue pula beliau berkata, ia adalah satu pelaburan perumahan jangka panjang yang menguntungkan.

“Rumah teres dua tingkat di Pearl Avenue dengan konsep reka bina yang moden dijual dengan harga berpatutan bermula RM248,880. Saya yakin ia adalah satu pelaburan yang memanfaatkan kerana Sibu Jaya akan terus membangun dengan pelbagai transformasi,” katanya. Disini

Daftar pemilih tambahan dipamer hari ini

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 mula dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa di 937 tempat seluruh negara.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (117 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (48 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (191 tempat) dan tempat-tempat lain (23 tempat).

Dalam satu kenyataan, Sabri berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2011, SPR menerima 212,826 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 83,846 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu.

Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi bagi Oktober, November dan Disember 2011 dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 yang dipamerkan itu. — BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Elaun ketua masyarakat bakal disemak

SIBU 6 Feb. - Kerajaan dijangka melakukan semakan semula terhadap elaun yang diberikan kepada ketua-ketua masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikom (gambar) berkata, ia merupakan berita baik kepada ketua-ketua masyarakat malah, membuktikan kerajaan sentiasa memenuhi apa yang telah dijanjikan.

''Saya berpendapat, kerajaan akan menunaikan janji (semakan elaun) pada masa yang sesuai memandangkan pada masa ini terdapat begitu banyak program yang sedang dilaksanakan dan keutamaan diberikan kepada program yang memberi manfaat kepada majoriti rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

''Mungkin selepas ini, kerajaan akan meneliti elaun ketua masyarakat dan membayar apa yang termampu dan saya percaya perkara ini sedang dikaji," katanya pada majlis penyampaian cek berjumlah RM10,000 kepada Kelab Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) di sini semalam.

Mawan berkata, kerajaan sememangnya menyedari tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin-pemimpin masyarakat seperti ketua rumah panjang yang memerlukan kenaikan elaun tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS), Linus Melin memberitahu, semakan elaun perlu dilakukan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan tanggungjawab yang dipikul oleh tuai rumah pada hari ini lebih besar dan berat.

Menurut Melin, elaun bulanan sebanyak RM450 tidak mencukupi dan ramai ahli PTRS mengusulkan mengenai semakan elaun terbabit setiap kali mesyuarat persatuan.

''Peranan tuai rumah sangat penting kerana ia merupakan jambatan antara rakyat dan kerajaan di samping membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat.

''Disebabkan itu, semakan semula elaun itu perlu untuk mendorong ketua-ketua masyarakat ini bekerja dengan lebih keras dan berkhidmat dengan rakyat," ujarnya. UM



Pertahan perpaduan ummah

Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (tengah) bersama Abdul Taib Mahmud (dua dari kiri) dan peserta berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Miri, semalam.

MIRI 5 Feb. - Umat Islam digesa terus mempertahankan perpaduan dan memperkasakan landasan untuk menyebar fahaman Islam bagi menghadapi perubahan corak serta gaya hidup zaman moden sekarang.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, umat Islam juga hendaklah menyesuaikan diri, mendalami dan memperluaskan fahaman agama mereka supaya tidak tersasar dan ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan.

Bagaimanapun ketika mengejar arus kemodenan itu, katanya, mereka mesti mempersiapkan diri dengan nilai-nilai terpuji seperti diterjemahkan dalam pengajaran al-Quran dan sunnah.

"Usaha kita orang Islam untuk menyesuai diri dengan pertukaran zaman adalah suatu tugas yang amat berat sekali, kalau kita tidak menjalankannya dengan cukup baik, rakyat kita terpaksa bertukar tetapi dengan cara yang tidak sihat.

"Oleh itu, soal mendukung dan memelihara nilai-nilai Islam itu adalah yang paling penting dan menepati slogan untuk tahun ini iaitu Persefahaman Adalah Asas Perpaduan. Perpaduan tidak akan dapat teguh kalau kita tidak bersatu padu," katanya ketika Merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Miri, di sini hari ini.

Sambutan berkenaan dihadiri oleh Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menteri dan menteri muda negeri.

Sementara itu, sebanyak 138 kontinjen membabitkan kira-kira 10,000 peserta berarak sejauh empat kilometer bermula dari Stadium Miri mengelilingi bandar raya ini.

Mengulas lanjut, Abdul Taib berkata, usaha untuk memperdalam dan menyebarkan fahaman Islam di negara ini telah dilaksanakan dengan begitu baik melalui kerjasama semua pihak.

Katanya, usaha tersebut diperkasakan dengan penubuhan Pusat Al-Quran untuk menyebar dan mendalami ajaran Islam yang ada kaitan dengan nilai-nilai yang paling baik untuk menyesuaikan pemikiran penganutnya dengan perubahan zaman.

"Apa pun penyelesaian yang boleh dicapai, ia bergantung kepada kekuatan nilai yang dapat didokong masyarakat Islam sendiri.

"Kalau orang Islam menyedari nilai diperjuangkan itu baik dan dapat menyelesaikan masalah dalam masyarakatnya dan dapat memperjuangkan keadilan sosial, maka kita dapat melaksanakan atau berhadapan dengan apa sahaja perubahan," tegasnya. UM



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI JERIJEH MERIAH.


JERIJEH, Ahad – Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah kecil Belawai diraikan dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Majlis perarakan bermula di padang bola sepak Jerijeh baharu mengelilingi kawasan perkampungan dan berakhir di dewan masyarakat Jerijeh.

Penyertaan hampir dua puluh kontinjen berjaya menghimpunkan lebih seribu umat Islam di sekitar daerah kecil Belawai menyertai perarakan itu seawal jam lapan pagi dan majlis berakhir sekitar jam sepuluh pagi.

Selain perarakan, majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan nasyid dan tetamu turut diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kumpulan nasyid belia Kampung Rajang dinobatkan sebagai johan festival nasyid sementara wakil tuan rumah ditempat kedua dan kumpulan nasyid pelajar SMK Belawai ditempat ketiga.

Ketua-ketua masyarakat seluruh daerah kecil Belawai turut serta dalam perarakan itu pagi tadi.

SEKITAR PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI JERIJEH







PESTA BELAWAI : PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN LAGU.

BELAWAI, SABTU - Jawatankuasa Penganjur mempelawa seluruh warga daerah kecil Belawai untuk menyertai pertandingan mencipta LOGO dan lagu rasmi PESTA BELAWAI. 

Borang, syarat penyertaan dan tema logo serta lagu boleh diperolehi dari Pejabat Daerah kecil Belawai. Hadiah menarik menanti para pemenang.

Logo dan lagu yang berjaya dinobatkan sebagai juara akan dijadikan sebagai logo dan lagu rasmi Pesta Belawai. Serlahkan bakat dan kreativiti anda. Terima Kasih.

Petani, nelayan harus manfaatkan jalan raya

Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro beri peluang kepada mereka pasarkan hasil pertanian, perikanan 
SIBU: Petani dan nelayan di kawasan pesisir pantai merangkumi kawasan Rejang, Belawai dan Pulau Bruit malah Matu dan Daro dekat sini digesa mengambil peluang daripada wujudnya rangkaian jalan raya dari sini ke Tanjung Manis dan Matu-Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie berkata, dengan siapnya Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro peluang bagi petani dan nelayan memasarkan hasil pertanian dan perikanan mereka bertambah cerah.

“Saya difahamkan beratus-ratus kenderaan melalui jalan terbabit setiap hari dan ini pasti membuka peluang niaga kepada petani dan nelayan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa gerai yang wujud di pinggir jalan berkenaan dekat sini, petang kelmarin.

Abu Seman yang juga setia-usaha politik Ketua Menteri singgah di gerai berkenaan untuk melihat hasil laut yang dijual oleh kaum nelayan dari Stalon dan Loba Pulau. Beliau singgah di gerai itu semasa dalam perjalanan menaiki kenderaan dari sini ke daerah Matu.

Menurut Abu Seman, apa yang dijual oleh nelayan di gerai-gerai di pinggir jalan itu adalah terhad.

“Saya percaya jika mereka menjual lebih banyak hasil laut seperti ikan segar, udang dan ikan masin, lebih ramai penduduk dari Sibu datang ke sini.

“Mereka tidak menjual ikan segar dan udang sekarang mungkin disebabkan musim tengkujuh,” katanya sambil menambah bahawa tempat mereka berniaga sekarang adalah sangat strategik dan hanya memakan masa setengah jam menaiki kenderaan dari Sibu.

Bagi penduduk di bandar, katanya makanan segar seperti ikan dan udang adalah menjadi buruan mereka malah ketam dan lokan yang mereka jual di gerai berkenaan sentiasa mendapat permintaan.

“Begitu juga bagi petani. Mereka harus mengambil kesempatan dan mencari jalan bagaimana hendak memasarkan hasil pertanian. Saya cadangkan sambil menjual hasil tani, mereka bolehlah menjual kuih tradisional dan barangan kraf,” katanya.

Menurut Abu Seman, apabila tempat (gerai) itu terkenal kelak bukan setakat penduduk dari Sibu yang berbelanja di sini malah penduduk dari seluruh Sarawak turut datang berkunjung ke situ.

“Saya menyeru kepada petani dan nelayan di kawasan ini supaya merancang dari sekarang bagi mengambil kesempatan daripada rangkaian Jalan Sibu-Tanjung Manis ini,” tambah beliau. Utusan Borneo



Popular Posts

KLIK PROMOSI

RADIO AspirasiBorneoFM

Stream status

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger