Kerajaan lulus Pembinaan SMK Bruit..Parlimen Tg Manis kini miliki dua buah SMK. - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » Kerajaan lulus Pembinaan SMK Bruit..Parlimen Tg Manis kini miliki dua buah SMK.

Kerajaan lulus Pembinaan SMK Bruit..Parlimen Tg Manis kini miliki dua buah SMK.


NORAH dan jemputan kenamaan lain mengabdikan kenangan bersama murid SK Semop yang menerima sumbangan bantuan persekolahan RM100, kelmarin

PULAU BRUIT : Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan terkini sebanyak RM38 juta bagi merealisasikan pembinaan pertama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bruit yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman memberitahu, kerja pembinaan bangunan sekolah yang mampu memuatkan lebih 600 pelajar itu sudah pun bermula sejak Julai tahun lalu.

Ketika ini katanya, fasa pertama projek yang terletak berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Semop itu meliputi kerja-kerja menembok tanah.

“SMK Pulau Bruit bakal menjadi sebuah lagi mercu tanda pembangunan masa depan. Bangunan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini ini , terletak dilokasi yang amat strategik selain meringankan beban ibu bapa yang sebelum ini terpaksa menghantar anak mereka ke SMK Daro dengan bot. 

“Malah, ia juga merupakan salah satu pelan induk kerajaan dalam memperkasakan pendidikan bagi memastikan anak muda pedalaman dapat meraih pencapaian cemerlang dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif,” katanya ketika ditemui BH, selepas menyampaikan sumbangan bantuan RM100 dan komputer riba 1Malaysia kepada murid SK Semop dan Kampung Bruit, di sini, semalam.

Pulau Bruit mempunyai kira-kira 300 pelajar tamat Tahun Enam setiap tahun dan sebahagian besar mereka melanjutkan pelajaran Tingkatan Satu di daerah Daro berikutan ketiadaan institusi pengajian menengah di pulau yang dihuni lebih 8,000 penduduk itu.

Beliau juga berkata, pembinaan sekolah baru itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan generasi luar bandar tidak tercicir dalam arus pembangunan negeri.

“Pembinaan bangunan sekolah ini diharap dapat menyelesaikan masalah murid yang terpaksa belajar di tempat jauh.

"Kalau nak bandingkan sebelum ini, keadaan di sini (Semop) jauh lebih mundur tetapi sekarang keadaan telah banyak berubah terutama kemudahan jalan raya dari Sibu dan Tanjung Manis,” katanya.

Ketika ini, kerajaan sedang berusaha keras untuk menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur lain di Pulau Bruit.

Selain, berusaha menyalurkan kemudahan air bersih, kerajaan juga sedang menaiktarafkan jalan kampung di samping cuba merealisasikan pembinaan jalan raya baru yang dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan utara pulau tersebut.
Share this article :

RADIO AspirasiBorneoFM

Stream status

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger