Mahkamah benar bantahan awal pendakwaan bagi permohonan Anwar berhubung larangan berhimpun - HARIAN BELAWAI
TERKIN HARIAN BELAWAI:
Home » » Mahkamah benar bantahan awal pendakwaan bagi permohonan Anwar berhubung larangan berhimpun

Mahkamah benar bantahan awal pendakwaan bagi permohonan Anwar berhubung larangan berhimpun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perintah larangan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April dan 1 Mei lalu untuk menggugurkan dua daripada empat pertuduhan yang dihadapinya. 

Hakim Mahmud Abdullah dalam penghakimannya, berkata Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak ataupun mengkaji sebarang perintah majistret ataupun untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah. 

Katanya, permohonan seperti ini tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula rekod majistret dalam memutuskan sama ada perintah majistret tersebut adalah sah ataupun tidak. 

"Dengan ini, mahkamah membenarkan bantahan awal pihak responden (pendakwaan) dan menolak permohonan pemohon (Anwar) atas alasan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa," kata hakim itu. Baca di sini
Share this article :

KLIKK SEKARANG DAN DAPATKAN INFO

Metro beritaharian NST utusan

Borang Pendaftaran Secara Atas Talian

HARIAN BELAWAI @TV

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HARIAN BELAWAI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger